Resipi Sotong Celup Tepung Pok Nong, Mengabang Telipot
Ini rahsia untuk mendapatkan sotong celup tepung rangup:
- Selepas membasuh sotong, sila pastikan airnya betul-betul ditoskan.
- Tepung yang dibancuh jangan terlalu cair kerana ianya tidak akan melekat pada sotong.
- Pastikan minyak untuk mengoreng sotong betul-betul panas. Minyak akan mudah menyerap ke dalam tepung yang digoreng bersama sotong jika ianya tidak cukup panas.
- Pastikan sotong yang digoreng tidak dimasukkan ke dalam kuali terlalu banyak pada sesuatu masa. Goreng sedikit demi sedikit.
- Biarkan tepung pada sotong itu garing dan barulah anda terbalikkannya. Jika anda mengacau ketika tepung belum cukup garing, pasti tepung itu tertanggal dari sotong.
- Sediakan tisu ketika mengangkat sotong supaya lebihan minyak dapat diserap dengan mudah.
Bahan-bahan:
- 4 ekor sotong (saiz sederhana besar);
- 1 cawan kecil tepung gandum;
- 1/2 cawan kecil tepung jagung;
- 3 sudu besar tepung beras;
- Garam secukup rasa (untuk digaul dengan sotong dan diletakkan dalam tepung);
- Serbuk lada putih secukupnya;
- Serbuk lada hitam secukupnya;
- Serbuk kunyit secukupnya;
- Sebiji telur dipukul sedikit;
- Minyak masak untuk menggoreng.
Cara-cara Menyediakan:
- Siang sotong dan hiris kasar (toskan betul-betul), gaul dengan sedikit garam
- Campurkan semua jenis tepung, garam, serbuk lada putih dan serbuk lada hitam.
- Ambil secukupnya campuran tepung dan campurkan dengan telur yang dipukul.
- Panaskan minyak untuk menggoreng.
- Gaulkan sotong dengan campuran tepung dan telur.
- Ambil sekeping-sekeping hirisan sotong dan salutkan dengan lebihan tepung yang tidak dicampur telur.
- Goreng dalam minyak yang sudah panas dengan api yang sederhana.
- Apabila kekuningan, boleh diangkat dan sedia untuk dimakan panas-panas.
Kredit: Resepi Sheila Rusly
![](https://lh3.googleusercontent.com/-HQlW7Ilde2c/WDpIeysSEqI/AAAAAAAAAC4/Z7s_gZr3_-gSjgVLT-nZAGhR53QWrNUqwCLcB/h92/ttd.png)
![](http://2.bp.blogspot.com/_JwD5r652h00/Sutv3RFLl9I/AAAAAAAAAPA/e7VXY-5er8A/s1600/ivy.gif)
0 komentar:
Posting Komentar
Berkomentarlah dengan bahasa yang sopan dan santun